Pra Syarat Sebagai Perawat
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
pada 7-March-2005)
1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang
disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;
|
i. |
Kecerdikan - Boleh memahami
ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan
bukanlah seorang yang benak. |
| ii. |
Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat
mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu
dan menjaga amanah ilmu dengan baik. |
| iii. |
Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan
bukan orang yang miskin. |
| iv. |
Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan
berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil
lewa sahaja. |
| v. |
Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada
cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya
tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih
sayang. |
| vi. |
Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar
dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian
yang panjang. | |
2. Hendaklah memberhentikan segala
bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam
seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan
ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan
seumpamanya.
3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat
atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah,
Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah
ditinggalkan dengan segera.
4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan
boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.
Syarat-syarat Utama Menjadi Perawat yang
Baik
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
pada 7-March-2005)
1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang
dipelajari – iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya
setiap hari.
2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah
dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik
darussyifa' dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan
bantuan.
3. Jangan campur adukkan ilmu yang
diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau
menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawat
umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau
perbuatan khianat oleh orang tertentu.
4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas
bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak
meyalahi syarak.
5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika
yang telah ditetapkan oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh
menetapkan bayaran kepada pesakit.
6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal
seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan
seumpamanya.
7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat
dan mencari kesembuhan.
10 Perinsip Asas Rawatan Islam
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
pada 7-March-2005)
1. Ada penyakit , ada ubat.
2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang
menjadikan ubatnya.
3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik
Allah Ta'ala.
4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau
kena dengan ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.
5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada
kesembuhan penyakit.
6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar
yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.
7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah
diijmakkan harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga
syarat;
i. Dengan membaca Al-Quran
(dengan bacaan yang betul). ii.
Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui
maknanya. iii. Dengan
mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan
menyembuhkan.
8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang
halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram
seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)
9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar
untuk mencari ubat dan kesembuhan.
10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang
dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala
akan menyembuhkan.
Pengijazahan
Ini adalah intipati daripada ucapan Tuan Guru Dato' Dr. Haron
Din pada majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa'
kumpulan ke-17.
1. Kita semua manusia biasa yang
serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah SWT, Tuan Guru
mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan
masing-masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan hendaklah
saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan
yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau
dibesar-besarkan. Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan
hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit dengan
cara yang hikmah, jangan sampai mengaibkan rakan.
2. Berlajar ilmu pengubatan perlu
mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima
oleh Tuan Guru daripada semua gurunya termasuk daripada ayahandanya
sendiri. Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru
dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat
belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak
dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan.
Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan
hanya dengan membaca buku sahaja.
|