KURSUS ASAS PERUBATAN ISLAM KALI KEDUA SESSI TAHUN 2010

1. TARIKH : Kursus akan mulakan pada  Februari 2010. Kursus akan dijalankan olih Professor Dato Haji Harun Din.

Jadual selanjutnya akan diumumkan kemudian

2. TEMPAT : Darul Ifta’, Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

3. PENDAFTARAN : Peserta di kehendaki menghadirkan diri (tidak boleh berwakil) pada hari yang ditetapkan.

4. JUMLAH WAKTU KURSUS : 80 jam dibahagikan kepada 10 sessi.

5. JAMUAN : Jamuan ringan akan di sediakan pada waktu kursus.

6. PENGKURSUS : Pro. Dato Haji Harun Din dan dua orang pembantu.

7. PEMBATALAN : Makluman secara bertulis hendaklah dihadapkan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Syarat-syarat permohonan:

1. Permohonan hendakalh menggunakan borong yang disediakan.

2. Pemohon mestilah terlebih dahulu menjadi ahli dan permohonannya hendaklah disokong oleh sekurang-kurangnya seorang Ahli Darussyifa’ Warrafahah.

3. Pemohon yang masih menuntut (belajar) di Kolej atau Universiti atau dimana-mana institusi pengajian hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Kolej atau Universiti masing-masing terlebih dahulu.

4. Semua peserta dikehendaki memenuhi kedatangan belajar seperti yang telah ditetapkan (80 jam). Jika sekiranya peserta didapati lemah dalam bacaan al-Quran dan hafalan, mereka dimestikan menghadiri kelas tambahan yang akan ditentukan kemudian.

5. Semua borong permohonan hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada Dayang Norsiah binti Haji Dullah, Talopon Binbit : +673 7160807

 

 

 

©Copyright December 2009 (Darusysyifa' Warrafahah)