Kembali kemuka sebelumnya

ZIKIR ASAS 10 PERTAMA

 

 

 

Play Download TeksPlayDownload MP3 fileDownload WAV file01. Surah Fatihah01. Surah Fatihah
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(2) Segala puji bagi Allah,; Tuhan semesta alam,
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
(4) Yang menguasai hari pembalasan.
(5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file02. Ayat Kursi02. Ayat Kursi
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya),

tidak mengantuk dan tidak tidur.


Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.


Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.

Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,

dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.

Kursi Allah meliputi langit dan bumi.


Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,

dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file03. Ya-Baari03. Ya-Baari

Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file04. Ayat 2 Surah Maryam, Ayat 1&2 Surah Asy_Syura04. Ayat 2 Surah Maryam, Ayat 1&2 Surah Asy_Syura

Kaaaaf Ha Ya 'Aiiiin Sooood Ha Miiiim 'Aiiiin Siiiin Qoooof

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file05. Selawat Syifa05. Selawat Syifa
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file06. Selawat Tafrijiyyah06. Selawat Tafrijiyyah
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file07. Ayat 21 ~ 24 Surah Al-Hasyr 07. Ayat 21 ~ 24 Surah Al-Hasyr
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.
(22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file08. Doa Hindar Syaitan08. Doa Hindar Syaitan
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripaa setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya ?Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian?.

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file09. Selawat Nabi Sulaiman09. Selawat Nabi Sulaiman

Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman di dunia dan akhirat

PlayDownload MP3 fileDownload WAV file10. Doa Nabi Sulaiman10. Doa Nabi Sulaiman
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta?ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

 

Muat-turun Asas 10 dalam 1 filePlayDownload MP3 fileDownload WAV file

 

 

 

Copyright March 2008 (Darusysyifa' Warrafahah)